Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 GAMBAR: 2 Anggota...

Mynewshub baru sahaja menerima berita menyedihkan tentang kejadian tragis yang meragut nyawa dua...

Berbogel Sambil Kendong Bayi...

Jerman – Tindakan seorang pelukis yang berbogel sambil mengendong anaknya bagi mempromosi pameran...

Remaja 14 Tahun ‘Kelentong’...

KLANG: Remaja perempuan 14 tahun yang mendakwa diculik Disember lalu, mengaku bersalah atas...

Pesakit Covid-19 Merayau Banyak...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, hampir 89% pesakit yang disahkan menghidap Covid-19 pernah melawat atau pergi ke pusat membeli-belah di Lembah Klang

SPRM Berjaya Selesaikan 781 Kes 2014

KUALA LUMPUR – Sebanyak 85 peratus daripada keseluruhan kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tahun lalu berjaya diselesaikan.

SPRM dalam satu kenyataan media berkata, ia satu peningkatan berbanding 81.6 peratus kes berjaya diselesaikan pada tahun 2013 dan 75 peratus pada tahun 2012.

“Pada tahun 2014, SPRM telah membuka sebanyak 919 kertas siasatan di mana telah dapat menyelesaikan 85 peratus atau 781 kes.

“Kejayaan ini merupakan hasil program transformasi sektor operasi melalui pelaksanaan pendekatan pengurusan siasatan berpasukan (MTI),” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SPRM, daripada sebanyak 919 kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2014, 326 atau 35.5 peratus membabitkan kesalahan menerima rasuah.

Kata kenyataan itu, sebanyak 159 kes lagi melibatkan kesalahan memberi rasuah, tuntutan palsu (283), salah guna kedudukan (69) dan lain-lain kesalahan (82).


SPRM turut berbangga kerana jumlah pertuduhan yang dibawa ke mahkamah meningkat daripada 289 pada tahun 2013 kepada 317 pada tahun 2014.

“Begitu juga jumlah denda yang dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah rasuah iaitu RM13 juta di mana ia meningkat daripada RM11.6 juta pada tahun 2013,” kata SPRM.

Selain itu, kata SPRM, pencapaian dalam kadar sabitan masih berada di paras yang baik iaitu 78 peratus berbanding 54 peratus ketika SPRM dibentuk pada tahun 2009.

“Dalam pada itu, aset bernilai RM2.8 juta juga berjaya dilucuthakkan pada tahun 2014,” kata SPRM lagi. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori