Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Budak Jatuh Dalam Periuk...

NGERI sungguh! Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melecur hampir seluruh badan selepas terjatuh...

Bakar Kereta JPJ Mungkin...

NIBONG TEBAL - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak menolak kemungkinan kejadian lima kenderan...

Adakah Kerajaan Thailand Akan...

BANGKOK – Selama lebih 300 tahun, persoalan sama ada untu membina Terusan Kra...

Anak Sedih Hamster Mati,...

KEMURUNGAN anak selepas kematian hamster kesayangan, memberi idea kepada seorang ibu di London...

Star Wars Amat Laris, Tiket Online Dijual RM43,000

LOS ANGELES – Penjualan awal tiket filem siri Star Wars yang baharu, ‘Star Wars: The Force Awakens’ memecah rekod apabila menerima sambutan luar biasa, dua bulan sebelum ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

Fandango, sebuah syarikat penjualan tiket secara online terkemuka menyatakan, jumlah tiket yang dijual setakat ini, adalah lapan kali ganda lebih banyak berbanding sekuel filem Star Wars yang lalu, ‘The Hunger Games.’

Dengan sambutan terlalu ‘hangat’ itu, pawagam-pawagam di serata dunia dijangka perlu bersiap sedia untuk menambah lebih banyak lagi jumlah kekerapan tayangan pada hari pembukaannya nanti akhir Disember kelak.

Disebabkan orang ramai masih lagi membanjiri pusat-pusat penjualan tiket online untuk membuat tempahan, sebahagian daripada khidmat penjualan atas talian itu didapati terputus hubungan atau tergendala pada Isnin lalu.

Baca: Filem Star Wars Terbaharu Tayang Sehari Awal Di UK?

Malah, ada laporan tiket-tiket eksklusif bagi filem tersebut yang ditawarkan menerusi laman penjualan popular eBay, dengan harga bagi sepasang tiket kelas VIP telah mencecah sehingga AS$10,000 (kira-kira RM43,040).


Filem diterbitkan secara bersama oleh Walt Disney Pictures dan Lucasfilm ini yang menelan kos penggambaran bernilai AS$200 juta (RM860 juta) itu hanya akan disiarkan di seluruh dunia bermula pada 18 Disember depan.

Sekuel pertama Star Wars ialah Episode IV: A New Hope yang ditayangkan pada 1977, diikuti Episode V: The Empire Strikes Back (1980), Episode VI: Return of the Jedi (1983) dan Episode I: The Phantom Menace (1999).

Ini disusuli Episode II: Attack of the Clones (2002) dan Episode II: Revenge of the Sith (2005), manakala sekuel berikutnya Episode VIII dijadualkan 2017 serta Episode IX pula pada 2019. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori