Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Duda Tiga Anak, Remaja...

ALOR SETAR - Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke...

Ha?… Cik B Beri...

SIAPA yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik, Dato' Seri Vida yang begitu kaya-raya...

Guna Nama Selain KLIA2...

PUTRAJAYA - Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, KLIA2 adalah satu kesalahan kerana...

Vin Diesel Namakan Anak...

KEMATIAN Paul Walker benar-benar memberi impak besar kepada rakan pelakonnya, Vin Diesel yang...

Suami Akui Telah Lafaz Cerai, Annahita Ke Luar Negara

RUMAH tangga yang dibina pelakon dan pengacara, Annahita Bakavoli, 33; dengan suaminya Datuk Saiful Bahar Mohd. Arshad akhirnya menemui jalan nokhtah.

Menurut laporan Harian Metro, Saiful memberitahu, dia melafazkan cerai talak satu terhadap bekas isterinya pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

“Perkahwinan yang dibina atas rasa cinta itu berakhir selepas lima tahun kami hidup bersama. Kenyataan ini dibuat atas dasar keikhlasan tanpa ada maksud yang terselindung.

“Ia dibuat untuk mengelakkan timbulnya fitnah pada masa akan datang sekiranya masing-masing mengambil keputusan membina hidup baru pada masa akan datang.

“Saya mendoakan Annahita menemui kebahagiaan,” katanya.


Tambah Saiful, keputusan ini dibuat kerana dia tiada persefahaman lagi dengan Dewi Remaja 2003 itu.

Sementara itu, Annahita yang dihubungi memaklumkan dia sedang bercuti di luar negara dan belum bersedia memberi sebarang kenyataan tentang penceraiannya.

Pasangan itu berkahwin pada 2010 dan tidak dikurniakan cahaya mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori