Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

ATM Nafi Pukul Orang...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakan...

PAS Minta Kerajaan Kurangkan...

KUALA LUMPUR - PAS mahu Kerajaan Persekutuan membuat satu perancangan jangka masa panjang...

DPMM Tak Syok Sendiri,...

KUALA LUMPUR - Lapan belas inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

30 Dipercayai Mati Gunung...

LEBIH 30 orang ditemui tidak sedarkan diri dan dipercayai mati berhampiran kawasan puncak...

Suami Isteri Mati Dibunuh Anak Sendiri

DUA beradik tiri yang sedang bercinta mengaku membunuh ibu bapa mereka sebelum mayat mangsa dibakar dalam satu kejadian yang mengejutkan.

Leandro Acosta, 25, dan adik tirinya, Karen Klein, 22, telah membunuh Ricardo Klein, 54, serta Miryam Kowalczuk, 52 tahun.

Menurut peguam bela Acosta, Monica Chirivin, anak guamnya itu mengaku melakukan pembunuhan tersebut disebabkan Klein telah mendera mereka. Laporan media pula menyebut Acosta telah makan sebahagian mayat Klein.

“Dia berasa lega kerana penderaan itu telah berakhir. Ia dilakukan demi adik-adiknya yang lain agar mereka tidak menderita sepertinya,’’ kata Monica.

Sementara Karen pula memberitahu polis bahawa dia telah dipaksa membakar mayat berkenaan selepas Acosta mengancam untuk membunuhnya walaupun ada ahli keluarga mereka yang menyatakan bahawa Acosta telah berubah sejak menjalinkan hubungan dengan Karen.


Malah Karen juga dikatakan mendominasi Acosta.

Peguam bela Acosta bagaimanapun menyatakan Acosta mengalami masalah psikologi dan melakukan pembunuhan tersebut sebagai membalas dendam terhadap penderaan yang dialaminya selama bertahun-tahun. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=XaX-NwcFkFE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori