SEJAK Sufi dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia (AF) 2015, ada macam-macam suara sumbang muncul memberi komen negatif terhadap anak kelahiran Singapura ini termasuk mempertikaikan kemenangannya.
BACA: Isu Juara AF: Saya Tak Kenal Siapa Michael Ang – Edry
Bertenang menerima pelbagai kritikan, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid menjelaskan tidak mahu ambil peduli kerana percaya kemenangannya telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Mengenai pertikaian sesetengah pihak yang mengatakan saya tidak layak menang kerana berasal dari Singapura, saya tak kisah.ÂÂ
“Semuanya bergantung pada rezeki. Sejujurnya, langsung tidak rasakan yang saya boleh menewaskan Syamel, Bila dan Sharul kerana mereka semua berbakat besar dan memberikan saingan sengit setiap minggu.
“Menempatkan diri ke peringkat akhir sudah jadi bonus. Ketika pemenang diumumkan, saya sendiri tidak sangka dan terkejut namun sangat bersyukur,” kata Sufi kepada portal Murai.
Sufi berkata, dia akan selalu berada di Malaysia demi mengembangkan kerjaya seninya sebagai penyanyi.
“Saya ada saudara menetap di Malaysia dan akan tinggal bersama mereka. Saya mahu fokus kepada kerjaya yang baru sahaja bermula,” ujar Sufi. – MYNEWSHUB.CC