Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Budiman Calon BN Bagi...

SUNGAI BESAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi...

Video: Lucu! TMJ Jadi...

PELAWAK terkenal negara, Harith Iskander baru-baru ini membuat kejutan apabila menampilkan Tunku Mahkota Johor,...

Bekas ADUN DAP Dipenjara...

SHAH ALAM - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Datok dijatuhi hukuman...

Malaysia Sasar 11,000 Kaunselor...

PUTRAJAYA - Kerajaan menyasarkan Malaysia mempunyai 11,000 kaunselor profesional menjelang 2020, kata Timbalan...

Suhakam Puji Pendirian Najib Berhubung Keganasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menegaskan Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, penegasan pada sidang kemuncak para pemimpin mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini dialu-alukan.

“Semua orang berhak untuk hidup dalam dunia yang aman dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan, Suhakam menyeru semua rakyat mengambil bahagian secara aktif dalam pembentukan sebuah masyarakat demokratik yang berpegang teguh berdasarkan budaya tanpa keganasan dan untuk menolak sepenuhnyasebarang bentuk atau manifestasi ekstremisme,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Najib pada 26 September lalu menegaskan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.


Perdana Menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.

Najib dipetik berkata: “Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori