Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gajah Minta Simpati Manusia

Harare - Seekor gajah jantan yang cedera ditembak pemburu haram seolah-olah merayu bantuan...

Gambar Terkini iPhone 6...

Laman feldvolk.com telah mendedahkan beberapa keping gambar yang dipercayai iPhone 6 yang bakal...

Farhash Wafa Persoal Penahanan...

KUALA LUMPUR - Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mempersoalkan penahanan...

Kalau Guru Didera Pelajar...

JIKA dahulu guru diberi kepercayaan penuh oleh ibu bapa dalam mendidik anak bangsa...

Sukan Terap Amalan Cergas, Platform Erat Silaturahim – Salleh Said

PUTRAJAYA – Hari Sukan Negara, yang dianjurkan setiap tahun mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platorm mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata aktiviti sukan sebegini juga akan menjadikan tubuh badan menjadi sihat bagi membantu pembangunan negara.

“Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah penting apabila kita berkhidmat untuk kerajaan, kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan.

“Dengan kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan mencabar serta meningkatkan produktiviti kerja bagi memajukan institusi serta negara,” katanya.

Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Zumba dan Karnival Sukan Rakyat peringkat kementerian sempena Sambutan Hari Sukan Negara di Dataran Gemilang di sini.

Beliau juga berharap sambutan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi medium kesedaran warga kementerian khususnya, serta rakyat Malaysia tentang kepentingan bersukan serta merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Sebelum itu, Salleh melakukan gimik perasmian dengan memukul gong sebanyak tiga kali dan menyertai bersama lebih 1,000 warga kementerian bersama anggota keluarga mereka memeriahkan sambutan itu dengan senaman poco-poco dan zumba yang diketuai kumpulan fasilitator daripada Jabatan Penerangan Malaysia.


Turut serta Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkifli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Kemudian, Salleh juga melawat khemah-khemah pameran yang disediakan oleh jabatan dan agensi kementerian termasuk Bernama serta menyampaikan plak penghargaan kepada wakil agensi dan jabatan tersebut.

Bagi menceriakan karnival itu, beliau turut menyertai acara sukaneka membaling belon berisi air bersama Zulkifli dan turut disertai pegawai kanan kementerian itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga menganjurkan program 10,000 langkah di perkarangan kementerian itu sempena Hari Sukan Negara, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori