Sunday, July 7, 2024

Creating liberating content

Graduan Perlu Ada Kemahiran...

ARAU - Selain mempunyai kelulusan cemerlang, graduan harus menyiapkan diri dengan kemahiran yang...

Kejohanan Dunia: Peluang Khairul...

KUALA LUMPUR – Raja pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan masih berpeluang beraksi pada...

Kononnya.. Sanggup Koyak Tiket...

Pasti ramai sudah tak sabar mahu menyaksikan aksi timbal balik antara Malaysia dan...

Roboh Highland Towers: Masalah...

HULU KELANG - Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit...

Sultan Johor Keluarkan Zakat 10 Kali Ganda Harga Trak Mack

TRAK Mack ‘custom’ paling mahal telah diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam lawatan baginda ke Brisbane, Australia tempoh hari.

Trak yang ditempah khas tersebut mempunyai beberapa ciri-ciri menarik dan mewah seperti kualiti fabrik yang diimport dari Afrika Selatan, enam kamera litar tertutup dan pelbagai lagi ciri-ciri keselesaan.

trakkk

Harga trak tersebut tidak didedahkan, namun menurut portal permotoran Paultan.org, harganya mencecah RM1.4 juta.

Namun adatlah, ada sahaja kata-kata tidak enak dilemparkan segelintir pihak apabila dengar berita yang ‘pelik’ sedikit.

Ada yang mempertikaikan, sepatutnya wang sebanyak itu lebih elok digunakan untuk bantu orang miskin dan susah daripada melakukan perkara-perkara yang dianggap membazir.

Tetapi sebenarnya, nilai trak berkenaan yang mencecah lebih jutaan ringgit itu hanyalah sejumlah kecil daripada nilai zakat yang dikeluarkan oleh Sultan Johor, demikian rakyat Baginda mempertahankan sultan kesayangan mereka.

Menurut seorang pengguna laman sosial Facebook, Zach Yahya, wang Baginda pun bukanlah daripada hasil yang dikutip daripada cukai atau hasil jualan minyak seperti Petronas.

Sebaliknya Tuanku Sultan menggunakan wang sendiri malah dilaporkan Baginda telah mengeluarkan kira-kira RM12.5 juta zakat kepada Majlis agama Islam Negeri Johor pada tahun 2013 sahaja.


johooooooo

Jumlah itu 10 kali ganda daripada harga trak yang dibeli Baginda apatah lagi trak berkenaan digunakan untuk meninjau rakyat seluruh negeri Johor.

Manakala di laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers pula, negeri Johor dilaporkan adalah satu-satunya negeri yang tidak mempunyai hutang dengan kerajaan pusat malah punyai lebihan dana dalam simpanan sebanyak RM3 billion.

jdt

Selain itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhun Sultan Idris Shah juga dikatakan telah menyatakan kesediaan untuk membiayai pelajar Malaysia yang belajar di United Kingdom dan Amerika Syarikat berikutan tekanan yang diterima mereka ekoran kejatuhan matawang ringgit sekarang.

Pada pendapat kami, tidak perlu menilai apa yang kita nampak semata-mata, perlu diakui Tuanku Sultan Johor sememangnya telah banyak membantu rakyat Baginda dan berani dalam melakukan pembaharuan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori