Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

7 Rakyat Malaysia Ditahan...

SONGKHLA - Tujuh rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thai bersama 107 kotak bunga...

Asrama SMK Tebedu Terbakar,...

KUCHING - Empat belas pelajar lelaki terselamat selepas sebuah bilik asrama Sekolah Menengah...

Sudah Tiba Johor Muncul...

JOHOR BAHRU - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memberikan sokongan penuh untuk Johor muncul...

Lelaki Kumpul Duit Syiling...

SEMEMANGNYA benar cinta itu tiada sempadan dan sesiapa sahaja sanggup melakukan apa sahaja...

Surat Tawaran Musim Haji Tahun Depan Dikeluarkan Dis Ini

SEPANG – Surat tawaran haji bagi musim haji tahun depan akan dikeluarkan seawal Disember ini, kata Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

“Ini memudahkan mereka yang terpilih membuat persediaan seperti menghadiri kursus haji,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan terakhir seramai 455 jemaah haji Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut menyambut ketibaan kumpulan itu melalui penerbangan Malaysia Airlines MH8239 pada 12.30 tengah hari ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan anggota keluarga masing-masing.

Abdul Azeez berkata kumpulan itu menyertai 25,820 jemaah Malaysia yang selamat kembali ke tanah air sejak ketibaan pertama pada 29 September lepas.

Beliau berkata tiga jemaah haji bagaimanapun masih belum pulang kerana dua jemaah menerima rawatan di hospital di Makkah manakala seorang lagi di Jeddah.


“Secara keseluruhan operasi haji tahun ini berjalan lancar seperti dirancang kecuali dua insiden di Tanah Suci yang turut melibatkan jemaah Malaysia,” katanya.

Sejumlah 51 jemaah Malaysia meninggal dunia tahun ini, tujuh daripadanya disebabkan kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 Sept, seorang akibat insiden rempuhan di Mina manakala selebihnya kerana sakit.

Sebanyak 68 penerbangan terdiri daripada 43 penerbangan Malaysia Airlines dan 25 penerbangan Saudi Airlines digunakan untuk membawa pulang semua jemaah haji secara berperingkat bermula 29 September lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori