Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRU14: Isa Samad Dalam...

SEREMBAN - Nama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad termasuk dalam senarai calon...

Mahathir Sah Letak Jawatan...

SHAH ALAM -Ā Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan...

Keputusan Anwar Ke Parlimen...

PETALING JAYA ā€“ Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melangkah ke pentas Parlimen...

Jawapan Azmin Berkenaan HSR...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan jawapan dari...

Jangan Beri APC, Penjawat Awam Tak Pakai Topi Keledar – JKJR

PORT DICKSON – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mencadangkan agar kakitangan awam yang tidak memakai topi keledar dan tali pinggang keledar tidak dicalon untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

Ketua Pengarahnya Abd Ghafar Yusof berkata cadangan itu diharap dapat membiasakan diri penjawat awam dengan amalan pemanduan selamat dan seterusnya menjadi contoh kepada anggota keluarga terutama anak masing-masing.

Perkara itu sudah dilaksanakan di JKJR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan jalan raya bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Port Dickson hari ini.

Kempen anjuran bersama JKJR dan Petron Malaysia itu dihadiri kira-kira 250 pelajar dan guru bagi meningkatkan kesedaran serta penghayatan golongan remaja mengenai isu keselamatan jalan raya terutama ketika menunggang motosikal.


Beliau juga berkata kebanyakan rakyat negara ini memahami peraturan dan undang-undang jalan raya, namun penghayatannya masih lemah kerana beranggapan mereka tidak akan ditimpa kemalangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori