Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Greece Izin Undang-Undang Syariah...

ATHENS - Parlimen Greece baru-baru ini telah memutuskan untuk membenarkan undang-undang Syariah menjadi...

Epiknya Filem & Sensasinya...

CERITA dalam filem epik pastilah hebat. Nama pun epik. Diangkat dari kisah kepahlawanan....

Padah Ancam Bogel Di...

LEWAT petang Jumaat, di sebalik amaran keras pihak polis agar rakyat tidak mempercayai...

Caruman Wajib KWSP Kembali...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan tarikh pembayaran caruman wajib...

Tak Percaya Pengurusan, Keluarga Mahu Urus Kewangan Zamani

MEMILIH untuk kembali aktif dalam industri seni setelah tamat rawatan pemulihan penyalahgunaan dadah, keluarga bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim mendedahkan bahawa mereka bakal menguruskan sendiri kewangan artis itu.

Ini kerana mereka kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang selama ini menguruskan Zamani selama 22 tahun.

Menurut kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim, syarat tersebut ditetapkan selepas Zamani berkeras mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.

“Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.

“Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga.

“Saya ingin pengurusan baru untuk kehidupan baru dia, tapi selepas dia meyakinkan saya untuk bersama dengan pengurusan lama, saya tidak boleh menghalang kehendak dia.

“Tapi kami mahu satu perjanjian yang jelas dan meminta pihak pengurusan menyerahkan hal berkaitan kewangan kepada keluarga terdekat sahaja. Hal-hal lain iaitu tentang persembahan nyanyian mereka yang akan uruskan,” katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, pengurusnya Johan berjanji akan berubah dalam menjaga amanah yang diberikan agar kerjaya Zamani berada di tempat yang betul.

“Saya akui ada kesilapan-kesilapan lama yang membuatkan keluarga mereka kurang percaya, namun kita berusaha berubah dan memikul tanggungjawab untuk meletakkan Zamani pada jalan yang betul.

“Saya akan sentiasa mengambil pendapat keluarga terlebih dahulu jika apa-apa yang berlaku kepada Zamani,” ujarnya.

Terdahulu, Zamani didenda RM5,500 atau 18 bulan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 21 Januari lalu.- MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=QkyKOSMNPeA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori