Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PKPB Bukan Sebab Abaikan...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan sebab rakyat Malaysia untuk...

Jemput Orang Ramai Ganding...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengajak setiap...

Pengeluaran Mempelam Harum Manis...

KOTA BAHARU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran mempelam harum manis...

Tangisan Seorang Ibu Kutip...

Kajang - Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat...

Tak Setuju Soo Wincci Campur Hal Politik, Penaja Konsert Tarik Diri?

JIKA ada yang masih ingat, penyanyi Soo Wincci pernah mengejutkan industri hiburan sekitar akhir bulan Ogos lalu apabila lantang bersuara dalam satu video mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

BACA: Desak PM Letak Jawatan, Soo Wincci Sedia Terima Padah

Namun, baru-baru ini heboh menerusi Forum Cari apabila ada sumber mendakwa pihak penaja bagi ‘Konsert Solo Pertama Soo Wincci’ telah mengumumkan tarik diri.

Tindakan penaja tersebut sekaligus menyebabkan konsertnya yang sedang giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar mengapa pihak penaja tersebut menarik diri.

Sebelum ini, bekas ratu cantik Malaysia 2008/2009 ini pernah menyatakan sudah bersiap menerima segala risiko di atas tindakannya itu termasuk disenaraihitamkan.


“Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu.

“Andai kata perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri,” ujarnya kepada mStar Online sebelum ini.

130431t2y0lr02u24p9clr (1)

Difahamkan, konsert solo Soo Wincci yang dinamakan ‘Simply Inwincciable’ itu dirancang diadakan di KLCC, Plenary Hall pada 31 Oktober ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori