Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mesej Dalam Telefon Bimbit...

SEORANG wanita dikenali sebagai Megan kehilangan telefon bimbit sebelum berjaya memperolehinya kembali keesokan harinya. Walau...

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadat...

KUALA LUMPUR - Urusan ibadat korban bakal menjadi lebih mudah dan teratur untuk...

Cuaca Sejuk Melampau Bakal...

JEDDAH - Rakyat Saudi sekarang ini perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang...

Remaja Lelaki Didakwa Culik...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di...

Takut Video Tersebar, Terpaksa Layan Seks Mat Bangla 5 Kali

IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga.

Begitulah nasib seorang kerani dikenali sebagai Lily yang mendedahkan terpaksa menjadi hamba seks seorang lelaki warga Bangladesh sebanyak lima kali selepas lelaki tersebut mengugutnya akan menyebarkan video aksi panas mereka berdua kepada keluarga, rakan dan teman lelakinya.

Menurut Lily, 21, dia mengenali lelaki bernama Anwar itu dua tahun lalu ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang pemborang sayur di Simpang Pulai, Ipoh.

Bagaimanapun, Lily tidak menyangka, Anwar yang dianggap sebagai rakan sanggup memperdaya dan memperkosanya di sebuah hotel.

“Detik hitam bermula 30 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari, ketika Anwar mengajak saya keluar minum di Gopeng. Tak lama lepas minum, saya rasa pening dan terus tidak sedar.

“Bila sedar, saya terkejut kerana berada dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel. Hotel tu sebelah kedai tempat kami minum.


“Masa tu, lelaki tu pun ada dalam bilik dan ugut akan sebarkan video seks kami yang dirakam gunakan telefon bimbit,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Selepas insiden itu, Lily memberitahu, Anwar menghubunginya setiap hari dan memaksanya melakukan hubungan seks jika tidak mahu video itu tersebar.

“Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsu dia sebanyak lima kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di Simpang Pulai.

“Saya dah tak tahan, sebab tu saya beritahu kepada teman lelaki saya dan dia (teman lelaki) nasihatkan supaya laporkan kepada polis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, suspek telah berjaya ditahan atas bantuan penduduk Kampung Bercham yang bertindak membantu mangsa memerangkap suspek bagi diserahkan kepada pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • rogol

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori