Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

JPJ Melaka Sedia Pemeriksaan...

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyediakan perkhidmatan pemeriksaan cermin gelap secara...

HQE Perintis Projek Rekod...

KOTA KINABALU - Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod...

Rakaman Suara Dakwa Mat...

PETALING JAYA: Satu rakaman suara yang didakwa sebagai taklimat Timbalan Presiden PAS Mohamad...

Suspek Siar Maklumat Palsu...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz...

Tarikh Ujian KAFA Ditetapkan 12 Dan 13 Oktober

KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada seramai 207,343 calon yang ditangguhkan akibat jerebu akan diteruskan pada 12 dan 13 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, ujian bagi subjek Ulum Syariah akan diadakan pada 12 Oktober dari pukul 2.30 hingga 4 petang.

“Manakala bagi subjek Sirah dan Jawi dan Khat akan diadakan pada 13 Oktober dari pukul 2.15 hingga 3.45 petang dan 4.15 hingga 5.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Othman berkata, semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diminta mengambil tindakan segera memastikan peperiksaan bagi tiga subjek berkenaan dapat dilaksanakan mengikut tarikh baru tersebut.


Jakim sebelum ini mengumumkan UPKK yang dijadual berlangsung bermula 5 hingga 8 Oktober ditangguh selama dua hari berikutan jerebu.

Tarikh baharu UPKK yang diberi kelak mengikut kepada keadaan dan laporan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori