Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Sejam Tahan Sakit Terperangkap...

SANDAKAN - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas...

Tidak Beradab! Berpakaian Seksi...

MELAMPAU… Seorang wanita sengaja menimbulkan provokasi dengan berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian kaki...

Sistem VAR: Adakah Pengadil...

JOHOR BAHRU - Pelaksanan sistem bantuan pengadil video (VAR) yang dijangka mula digunakan...

Metro Arab Saudi Bawa...

MINA – Metro Al Mashaaer Al Mugaddassah telah membawa 1.087 juta jemaah haji...

Trend Tas Tangan Persis Kucing Sebenar Popular Di Jepun

JEPUN sememangnya terkenal dengan fesyen jalanan dan trend gaya busananya yang pelik, serta tambahan terbaharu yang mendapat sambutan hangat di sana adalah tas tangan yang kelihatan tidak tumpah seperti kucing hidup!

Direka oleh seorang suri rumah bernama Pico, beg tangan persis kucing sebenar berkenaan ternyata menjadi ‘kegilaan’ golongan pencinta mamalia comel tersebut di serata negara matahari terbit itu.

Menariknya, beg ini adalah 100 peratus buatan tangan dan dihiasi dengan bulu sintetik yang disembur cat untuk memberi efek lebih alami kepada ‘kucing-kucing’ ini.

Hasil kerja seni Pico ini meraihkan beliau lebih 2,200 pengikut menerusi laman Twitter, yang rata-ratanya sanggup mengeluarkan perbelanjaan sebanyak AS$950 (RM3,985.20) bagi mendapatkan tas tangan unik ini.

Setiap rekaan beraneka warna ini dibentukkan mengikut kucing jenis ‘British shorthair’ yang lazim berbulu pendek dan bertubuh gebu.

Tetapi, kita hanya boleh berangan sahaja untuk memilikinya. Meskipun tas tangannya amat popular, namun Pico menyatakan bahawa ianya hanya akan dijual di sekitar Jepun sahaja.


Tidak mengapalah. Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang pasti akan membuatkan pencinta kucing geram dan tidak keruan! – MYNEWSHUB.CC

11196201

11196199

11196200

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori