Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Maut Nahas Jalan Raya...

BANGKOK - Statistik menunjukkan angka kematian akibat nahas jalan raya di Thailand, meningkat...

5 Pegawai ZPP Bebas...

GEORGE TOWN - Lima pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) termasuk dua pegawai kanan...

Objek Pada Tangan Wanita...

GAMBAR pasangan ini biasa-biasa sahaja namun apa yang mencetuskan perdebatan di media sosial...

20,000 Peluru Sukan SEA...

SINGAPURA - Sekurang-kurangnya 20,000 butir peluru yang sepatutnya bakal digunakan untuk pasukan penembak...

Taufan Mujigae Badai Selatan China, 4 Terbunuh

SHANGHAI – Taufan dengan kelajuan hingga 112 batu (180 km) sejam membadai selatan China pada Ahad menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh dan kemusnahan besar dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah.

“Pusaran angin dan gelora di laut berikutan Taufan Mujigae menyebabkan beberapa bot nelayan terkandas di laut, dengan 16 nelayan hilang dan seorang disahkan terbunuh,” kata agensi berita Xinhua malam tadi.

“Tiga lagi terbunuh dan 80 cedera di Bandaraya Foshan. Taufan Mujigae sampai ke darah di bandar pesisir laut, Zhanjiang di wilayah Guangdong pada kira-kira jam 2.10 petang Ahad,” kata Jabatan Meteorologi China (CMA).

Imej televisyen dan imej yang tersebar menerusi laman media sosial popular di China, Sina Weibo menunjukkan jalan yang digenangi banjir, pokok tumbang dan kenderaan terbalik dibadai taufan.


Kedatangan taufan itu menyebabkan pihak berkuasa tempatan di selatan China mengeluarkan larangan nelayan ke laut dan menghentikan perkhidmatan kereta api.

“Antara wilayah terjejas teruk dengan taufan itu ialah Hainan, Guangdong dan Guangxi. Taufan itu turut menyebabkan banyak kawasan terputus bekalan elektrik, air dan telekomunikasi kerana prasarana yang berkaitan musnah,” kata Xinhua. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori