Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hospital Medan Di Cox’s...

COX'S BAZAR (Bangladesh) - Malaysia akan meneliti beberapa kaedah bagi meningkatkan lagi dan...

Hanez Suraya Keluarkan Tudung...

RATA-RATA wanita pasti setuju Hanez Suraya bertambah jelita selepas bertudung, apatah lagi dengan...

KTMB Larang Pasang Bendera...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menasihatkan parti-parti politik yang bertanding...

Pro-Aspirasi Catat Rekod Tawan...

BUAT julung kali dalam sejarah, kumpulan pelajar cenderung kepada pemerintah atau popular disebut...

Telco Sambut Baik Keputusan Mengenai Rebat

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi (Telco) hari ini menyambut baik keputusan kerajaan menawarkan rebat bagi amaun yang dibayar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan telefon mudah alih prabayar berkuat kuasa 1 Jan hingga 31 Dis, 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata syarikat menyokong keputusan kerajaan berhubung layanan GST ke atas kad prabayar mudah alih.

Beliau berkata syarikat mendukung kepada keutamaan kerajaan untuk memelihara kebajikan pengguna.

Maxis Bhd berkata syarikat akan berbincang mengenai mekanisme pelaksanaannya dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digi, Albern Murty berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan kementerian mengenai pelaksanaan pengumuman tersebut.

Pengarah Eksekutif Kanan GST Grant Thornton Malaysia, Lorraine Parkin berkata pengguna akan berasa gembira dengan keputusan tersebut. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wExCZWZBjFU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori