SALAH sebuah naskhah besar penulis dan pengarang terkenal Indonesia, Hamka, sekali lagi bakal dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur.
Selepas kejayaan pementasan Di Bawah Lindungan Kaabah yang diadaptasi daripada novel penulis yang sama, kini karya agungnya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (TKVDW) pula akan direalisasikan di pentas teater di bawah arahan Mohd Azhar Zainal.
Karya yang juga pernah diadaptasi ke filem ini mengisahkan sebuah cinta agung antara watak utamanya, Zainuddin dan Hayati.
Pementasan hebat ini akan menyaksikan gandingan pelakon baru dan lama tanah air seperti Amar Bahrin, Nabila Huda, Syarul Ridzwan, Karl Shafek, Amyra Rusly, Liza Abdullah, Rusdi Daud dan Bohari Ibrahim.
Karya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah ini mengisahkan cinta yang terhalang oleh adat yang dipegang di Minangkabau serta perbezaan latar belakang keluarga masing-masing.
Dengan lakonan hebat pelakon utama yang digalas oleh Amar Bahrin (Zainuddin) serta Nabila Huda (Hayati), teater ini menjanjikan satu kelainan yang boleh memukau hati penonton sama seperti membaca novel dan menonton filem tersebut.
Amar, antara bakat baru yang muncul di pentas teater dan Istana Budaya mengakui, ia adalah satu cabaran besar pada mulanya.
“Ini merupakan kali pertama saya di pentas Istana Budaya dan memegang watak utama, jadi komitmen yang saya berikan adalah lebih 100 peratus.
“Apa sahaja jadual dan latihan seperti menyanyi dan menghafal saya akan cuba ikut dan buat kerana saya tiada pengalaman. Orang yang memberi panduan mempunyai banyak pengalaman,” katanya ketika ditemui selepas majlis pra-tonton semalam.
Menurutnya bagi memberi komitmen dan fokus untuk menjayakan teater ini, dia menolak lebih 10 tawaran lakonan.
Selain itu, watak Hayati yang begitu setia dan lemah-lembut serta sopan-santun pula akan dijiwai serta diberikan nafas baharu oleh bintang yang tidak asing lagi dengan dunia teater, Nabila Huda.
“Walaupun terikat dengan jadual dan komitmen lain, saya tetap memberi fokus kepada watak ini.
“Saya akan minta penerangan awal-awal sekiranya tertinggal ketika latihan, saya juga selalu bawa skrip dan lagu untuk berlatih seorang diri di mana-mana sahaja,” ujar Nabila.
Boleh dikatakan, tayangan pra-tonton yang diadakan semalam jelas menunjukkan segala persiapan dan pengahayatan watak daripada setiap pelakon hampir selesai dan sempurna.
Pelancaran serta tayangan ringkas teater tersebut yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya juga sedikit sebanyak berjaya mengusik hati penonton.
Ia telah memberi gambaran awal bahawa pementasan ini akan memberikan satu kepuasan kepada semua yang menontonnya nanti.
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck akan mula dipentaskan pada 12 Oktober sehingga 18 Oktober ini di Panggung Sari, Istana Budaya.
Tiket dijual dengan harga RM37.10 sehingga RM170.30 dan boleh didapati secara dalam talian di www.AirAsiaRedTic.com.
– MYNEWSHUB.CC
Trailer filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dari Indonesia.
[url=https://avermox.com/]vermox tablets nz[/url]
[url=http://asynthroid.online/]buy synthroid online usa[/url]
[url=https://metforminn.online/]glucophage 850mg price south africa[/url]