Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Siti Nurhaliza Dilantik Penasihat...

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, dilantik menjadi Penasihat Pelancongan...

Petronas Beli 2 Lapangan...

RIO DE JANEIRO – Syarikat minyak Brazil, Petroleo Brasileiro (Petrobras) mengumumkan penjualan 50...

Usahawan Kraf Perlu Gerak...

KUALA LUMPUR - Usahawan kraf perlu lebih berani untuk meneroka peluang perniagaan termasuk...

EcoWorld Beli Tanah RM211...

KUALA LUMPUR: Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) memeterai perjanjian jual beli bersyarat...

Terengganu Cadangan Laksana Pertukaran Pegawai Dengan JPA

KUALA TERENGGANU – Bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kakitangan awam di Terengganu, kerajaan negeri bercadang mengadakan program pertukaran pegawai di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mereka mendapat pendedahan baharu dalam bidang tugasan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, usaha itu bagi memantapkan lagi urusan pentadbiran kerajaan di peringkat negeri dan Persekutuan.

Katanya, selain itu ia juga membolehkan kakitangan awam negeri ini menimba pengalaman baharu yang akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

“Ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh pernah melaksanakannya ketika mengetuai pentadbiran negeri satu ketika dulu.

“Jadi ia akan dilaksanakan semula mengikut perspektif semasa serta diperkukuhkan lagi agar program ini memberi manfaat kepada urusan harian rakat Terengganu,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Psikologi Peringkat Negeri Terengganu 2015, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda.


Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata ketika ini banyak kelemahan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan negeri yang perlu diperbaiki dan ia memerlukan kepada latihan, kepakaran dan perubahan budaya kerja dalam kalangan pegawai dan kakitangan.

“Kita mahu pegawai kita lebih cekap dan efisien dalam menjalankan tugas kerana masih banyak aspek dari segi budaya kerja dan pengurusan yang memerlukan penambahbaikan.

“Untuk itu, mereka perlu keluar daripada kepompong budaya kerja yang lama dan hanya berlegar di sekitar dalam negeri yang tidak membawa perubahan,” katanya.

Ia juga selaras dengan prinsip dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) iaitu menyediakan perkhidmatan yang inklusif dari rakyat untuk rakyat, demi kesejahteraan bersama, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kCy_3S3kMLQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori