Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Selebriti Langgar...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan ke atas keluarga selebriti dan usahawan, Nor Neelofa...

Operasi myBAS Kuala Terengganu...

KUALA TERENGGANU – Pelaksanaan Fasa 1 myBAS Kuala Terengganu di bawah program Transformasi...

Najib Akan Lancar Zilzar.com...

DUBAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan zilzar.com, platform eko-perdagangan...

Annuar Persoal Motif Kadir...

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa terkejutnya...

Terpulang Kepada FAM Untuk Pilih Jurulatih Tempatan Atau Asing

KUANTAN – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata terpulang kepada persatuan itu untuk memilih sama ada jurulatih tempatan ataupun dari luar negara untuk mengendalikan skuad bola sepak kebangsaan yang yang kini dikendalikan sementara waktu oleh jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee.

i
Pengendali sementara waktu oleh jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee

“Terpulang sama ada ingin memilih jurulatih tempatan ataupun asing…saya tak mahu ulas apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Galeri Tenun Bandar dan Pusat Sumber Tenun Pahang Diraja, di sini Khamis.

Tengku Abdullah juga berkata, beliau sendiri belum menghubungi kepimpinan tertinggi FAM bagi bertanyakan mengenai pemilihan jurulatih baharu.


“Saya tak hubungi FAM lagi dan kalau boleh saya enggan mengulas mengenai hal ini… saya sendiri pun tidak tahu lagi sama ada akan terlibat atau tidak dalam membuat keputusan tersebut,” katanya.

dollah saleh
BEKAS jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh

Bulan lepas, jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh melepaskan jawatannya selepas kekalahan yang memalukan 0-10 skuad kebangsaan kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, 4 September lalu.

Dollah menyatakan bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekalahan besar itu dan membuat keputusan untuk meletak jawatan dengan serta merta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori