Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Persiapan Temasya KL2017 Di...

KUALA LUMPUR - Persiapan bagi penganjuran temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur...

Pelaksanaan MyDeposit Perlu Dipantau...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) perlu dipantau secara...

Gempa Terkuat Abad Ini...

MEXICO CITY - Sekurang-kurangnya enam orang mati setelah gempa bumi berukuran 8.1 skala Richter...

Singapura Kutuk Serangan Ke...

SINGAPURA - Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas terhadap masjid al-Rawda di bandaraya Bir...

Tiada Bangkai Pesawat MH370 Di Selatan Filipina

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 ditemui di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara itu.

“Tak betul… Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.


Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori