Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Lemah Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi lemah dilaporkan di lokasi 35 kilometer timur...

Sulaiman Mula Tugas Sebagai...

DATUK Sulaiman Md Ali memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka yang...

Olaf Scooters – Beg...

Masihkah anda ingat dengan skuter lipat atau lebih dikenali dengan nama skuter tendang?Jika...

Mahathir, Anwar ‘Berjabat Mesra’...

SESUATU yang jarang-jarang berlaku apabila dua pemimpin politik yang suatu ketika dahulu tidak sehaluan,...

Tiada Ikat Jamin Khairuddin, Mathias Yang Dituduh Di Bawah SOSMA

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan ikat jamin bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang yang dituduh mensabotaj perkhidmatan perbankan serta kewangan negara.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin dalam keputusannya, berkata mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012, yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan.

Khairuddin dan Chang dituduh dengan niat bersama cuba melakukan sabotaj terhadap sektor perbankan serta kewangan negara dan didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun. – BHarian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori