Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KBS Sedia Ikut Saranan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melaksanakan saranan Ketua Audit...

Hati-Hati Dengan Munafik: Aeril...

MENJADI satu trend buat selebriti untuk mempunyai produk mereka sendiri, namun pasukan suami...

JPB Diperluas Ke Sarawak...

BAGAN DATUK - Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) pada tahun ini akan memasukkan Sarawak...

Sorotan 2018: 10 Peristiwa...

TAHUN 2018 sampai ke penghujungnya hari ini, selepas 12 bulan yang penuh peristiwa...

Tiada Pembangunan Di Tapak Arkeologi Sungai Batu

SUNGAI PETANI – Tiada isu sepatutnya timbul seperti yang diperkatakan di media sosial mengenai pembangunan di kawasan tapak arkeologi Sungai Batu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr. Mohd. Mokhtar Saidin, tapak arkeologi itu akan kekal dan pasukan penyelidik akan terus membuat kajian di kawasan berkenaan memandangkan tapak tanah terbabit telahpun dibeli Jabatan Warisan Negara.

“Tak perlu bimbang pasal pembangunan, cuma di sekeliling sahaja yang kita akan pantau, kita akan beri nasihat jika ada pembangunan, kerana itu tanah persendirian,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mokhtar berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang viral di laman sosial yang mendakwa tapak arkeologi Sungai Batu bakal musnah berikutan cadangan oleh pemilik tanah hendak membangunkan projek pembangunan komersial.


Tapak arkeologi Sungai Batu menyimpan pelbagai khazanah negara termasuk kewujudan sebuah monumen ritual yang telah pun disahkan menerusi proses saintifik sebagai berusia kira-kira 1,900 tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori