Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Lancar PPBM Sarawak...

BINTULU - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi...

Transgender Dan Khunsa Jauh...

KUALA LUMPUR - Transgender dan khunsa (interseks) adalah jauh berbeza daripada sudut istilah...

3 Kawasan Catat Bacaan...

KUALA LUMPUR - Tiga kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat...

CEC DAP Cerminkan Ketidakmampuan...

GEORGE TOWN - MasalahĀ yang dihadapi oleh DAP berhubungĀ JawatankuasaĀ EksekutifĀ Pusatnya (CEC) mencerminkan ketidakcekapanĀ pimpinanĀ tertinggi parti itu...

Tiada Tekanan Luar Pengaruhi TNB Bida Aset 1MDB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd hari ini menegaskan bahawa ia bebas untuk membuat keputusan sendiri dan tidak berdepan tekanan luar dalam prosesnya membida aset tenaga 1Malaysia Development Bhd iaitu Edra Global Energy Bhd.

“Kami bebas untuk membuat keputusan sendiri…tiada sebarang tekanan pihak ketiga,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di luar acara Khazanah Megatrends Forum 2015, di sini, hari ini.

Gergasi syarikat utiliti ketika ini sedang berusaha untuk membeli Edra Global Energy.


Malah menurut Azman, TNB dijangka mengemukakan tawaran terakhirnya pada pertengahan bulan ini.

TNB adalah satu-satunya syarikat Malaysia yang membida bagi pembelian Edra Global Energy dan berdepan saingan syarikat asing yang disenaraipendek 1MDB iaitu firma Qatar Nebras Power QSC, CGN Meiya Power Holdings Co (disenaraikan di Hong Kong) dan ACWA Power International (Arab Saudi). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori