Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Maut Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah...

BN-PH Tawar 5 Perkara...

ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan menggariskan lima perkara yang akan diberi keutamaan untuk rakyat...

Wanita Ditawarkan Rawatan Kuku...

SUDAHLAH dirogol ketika sedang melancong, apa yang tak masuk akalnya ialah sebuah agensi pelancongan...

Malaysia Tersasar Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Hasrat Malaysia untuk mengutip emas pertama dalam acara boling padang...

TPPA: Masih Terlalu Awal Untuk Rakyat Buat Telahan

KUALA LUMPUR – Masih terlalu awal untuk rakyat membuat sebarang telahan berhubung keputusan Malaysia terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) meskipun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, demikian menurut penganalisis ekonomi.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Dr. Nurhaizal Azam Arif berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelas dan dipertimbangkan berhubung perjanjian berkenaan.

“Kita perlu menunggu dokumen TPPA itu dibentang dan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu sebelum ia diluluskan dan sekiranya diluluskan, ia tetap akan memakan masa kira-kira dua tahun untuk pelaksanaannya,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun Twitter miliknya @NajibRazak, pada 6 Oktober berkata, beliau dan Kabinet memberi mandat dan kepercayaan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk membincangkan terma-terma dan kepentingan Malaysia pada rundingan berkenaan.

Mustapa dalam kenyataannya berkata, kebimbangan Malaysia dalam rundingan itu dipertimbangkan oleh semua pihak dan penyertaan negara dalam TPPA akan diputuskan secara kolektif.


Antara kebimbangan Malaysia termasuk bidang pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan isu-isu Bumiputera.

Usaha rundingan TPPA itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS).

Pada 5 Oktober lepas, AS dan 11 negara anggota TPP menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan, yang berusaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan mereka, menggalak inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serta menyokong penciptaan serta pengekalan pekerjaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori