Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Urusniaga Di Kaunter JPN...

PUTRAJAYA - Semua kaunter ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara,...

Bocey Antara Muka Baru...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal...

UTP Lahirkan Siswazah Serba...

KUALA LUMPUR - Kebolehan tinggi untuk melakukan penyelidikan dan penambahbaikan ranking akan membantu...

Sultan Selangor Lancar Pameran...

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan pameran seni...

Tun Dr. Siti Hasmah Penerima Tunggal Anugerah Kiwanis

PUTRAJAYA – Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini menerima Anugerah Berprestij Perkhidmatan Awam Kemanusiaan 2015 kerana sumbangan beliau selama lebih tiga dekad dalam mengatasi pelbagai masalah berhubung perancangan keluarga, wanita luar bandar dan kanak-kanak kurang bernasib baik.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu merupakan satu-satunya penerima anugerah Kiwanis antarabangsa, pengiktirafan tertinggi dikurniakan ke atas seorang individu kerana kepimpinan dan sumbangan cemerlang dalam menangani cabaran yang dihadapi masyarakat, negara, wanita dan kanak-kanak khususnya.

Beliau menerima anugerah itu daripada presiden Kiwanis International, Sue Petrisin pada satu majlis khas di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Turut hadir Dr. Mahathir; Penaung Pusat Yayasan Kebangsaan Down Sindrom Kiwanis, Tun Dr. Ling Liong Sik dan Gabenor Kiwanis Malaysia, Datuk Fatimah Saad.

Dr. Siti Hasmah, 89, merupakan wanita pertama menjadi Pegawai Kesihatan Ibu Mengandung dan Kanak-kanak Negeri di Kedah pada 1974.

Beliau berusaha mengesan sebab-sebab berlaku masalah kesihatan wanita, kanak-kanak dan perancangan keluarga, kesihatan mental, salah guna dadah, wanita luar bandar dan celik huruf orang dewasa menjangkau tempoh lebih tiga dekad.


Anugerah itu diberi sempena perayaan ulang tahun ke-100 Kiwanis International, sebuah organisasi sukarelawan global yang berusaha menambah baik taraf hidup kanak-kanak dan komuniti dunia.

Petrisin berkata, Kiwanis International bangga menyampaikan anugerah itu kepada Dr. Siti Hasmah memandangkan peranan cemerlangnya dalam menambah baik perancangan keluarga, paediatrik, kesihatan mental, wanita luar bandar dan kanak-kanak kurang bernasib baik sejak menjadi doktor perubatan pada 1955.

Sementara itu, Dr. Siti Hasmah melahirkan perasaan bangga dan gembira kerana diberi penghormatan itu.

Beliau berkata, rasa simpati dan kasihan terhadap golongan kurang upaya selama ini mendorong beliau terlibat membantu golongan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori