Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan 27 Tekong...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 27 tekong dan awak-awak warga...

Pesakit COVID-19, PUI, PUS...

PUTRAJAYA - Pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin...

Pegawai Kanan Polis Antara...

GEORGETOWN - Empat individu termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP)...

Kementerian Pendidikan Kaji Kaedah...

JEMPOL - Kementerian Pendidikan sedang mengkaji kaedah yang sesuai untuk membantu pelajar miskin...

UniMAP Raih 8 Pingat Emas Rekacipta Dan Inovasi Di Poland

KANGAR – Kajian inovasi berasaskan sisa pepejal insinerator sebagai bahan baharu industri pembinaan membolehkan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meraih pingat emas pada pameran dan pertandingan rekacipta The 9th International Warsaw Invention Show (IWIS 2015) di University Warsaw, Poland selama tiga hari berakhir Rabu.

Kajian itu adalah hasil penyelidikan bersama penyelidik Pusat Kecemerlangan Teknologi Hijau dan Geopolimer (CEGeoGTech) UniMAP dan University Technology of Chemical and Metallurgy Bulgaria (UTCM).

Pengurus CEGeoGTech, Prof Madya Dr. Mohd Mustafa Al-Bakri Abdullah berkata kajian inovasi tersebut tercetus susulan masalah yang dihadapi sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti insinerator di Sofia, ibu negara Bulgaria.

Menurutnya penyelidik UTCM, Prof Madya Dr. Andriana Surleva Iliana Batcheva dan Gabriela Atanassova diberi mandat mengkaji inovasi yang boleh dihasilkan oleh sisa pepejal insinerator untuk menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

“Oleh kerana saya pernah menjalankan kajian hampir sama menggunakan abu terbang untuk menghasilkan simen bahan baharu untuk sektor pembinaan, pihak UTCM menjemput saya menyertai penyelidikan ini.

“Penyelidikan ini membuktikan meskipun pelupusan sisa pepejal menggunakan insinerator, hasil pembakaran itu boleh digunakan bagi menghasilkan sesuatu yang memberi pulangan kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

UniMAP juga meraih lapan pingat emas, satu pingat platinum, lima perak dan lima Anugerah Khas pada pertandingan itu yang disertai 20 negara antaranya Jepun, Greece, Korea Selatan, Maldova, Lebanon, Taiwan, Iraq, Thailand, Iran dan Indonesia.


Selain inovasi oleh CEGeoGTech, UniMAP turut menghantar inovasi ciptaan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Teknologi Termaju (ACE), Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech), Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Bioproses, PPK Mikroelektronik, Pusat Bahasa Antarabangsa dan Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan Teknokomunikasi (IKOM).

Pingat platinum disumbangkan oleh Prof Madya Ir Dr. Anuar Mat Safar yang turut meraih Anugerah Khas Chinese Innovation and Invention Society, manakala pingat emas disumbangkan Naib Canselor UniMAP, Datuk Brig Jen Datuk Prof Emeritus Dr. Kamarudin Hussin, Dr. Rashidi Che Beson, Dr. Syed Zulkarnain Syed Idrus dan Sharmini Abdullah.

Empat lagi inovasi menyumbangkan pingat emas dan Anugerah Khas merupakan hasil penyelidikan Dr. Mukhzeer Mohamad Shahimin, sementara Noor Shazliana Aizee Abidin meraih Anugerah Khas Maldova; Fathinul Shahir Ahmad Shahir (Romanian Inventor Forum Price) dan Mohd Fathullah Ghazali (IWIS Poland Special Award).

Dr. Mukhzeer turut meraih anugerah khas Association of Thai Innovation and Invention Promotion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori