Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PPM KK Rampas Rokok,...

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu merampas 22,790 bungkus rokok...

Program Pemukiman 5 Hari...

IPOH - Program Pemukiman Menteri Besar Perak akan berlangsung selama lima hari bermula...

Umat Islam Di Malaysia...

UMAT Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Jumaat, 24 April, demikian diumumkan...

Apa Tu, Panduan Manipulasi...

TEKA-TEKI mengenai hutang negara yang secara tiba-tiba mencecah RM1 trilion kini mungkin berjaya...

Unit Induk Urus Sukarelawan, Bahan Bantuan Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan penubuhan unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan bencana banjir pada tahun ini.

Beliau berkata ia berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, apabila bantuan tertumpu hanya di sebuah kawasan walaupun ada tempat lain yang lebih memerlukan.

“Setiap kali tibanya hujung tahun, beberapa tempat di negara kita, pastinya akan dilanda banjir. Oleh itu, pada tahun ini, kerajaan telah mengambil beberapa langkah awal bagi menghadapi bencana banjir yang akan datang.

“Kita akan menubuhkan satu unit induk untuk mengurus sukarelawan dan bahan bantuan agar ia dapat disalurkan kepada mangsa banjir dengan lebih berkesan,” kata beliau menerusi siaran audio yang dimuat naik di laman sesawang www.najibrazak.com, Jumaat.

Perdana Menteri berkata bermula bulan ini, kerajaan akan membuat persiapan rapi, khususnya dari aspek logistik seperti komunikasi, pemindahan penempatan, penyimpanan bekalan makanan, pengurusan pegawai perubatan dan kerja-kerja pembersihan.


“Saya juga ingin terus memberi galakan terhadap usaha murni rakyat Malaysia yang menyumbangkan bahan bantuan dan menjadi sukarelawan.

“Insya-Allah, dengan usaha-usaha yang akan kita lakukan ini, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir pada tahun ini,” kata Najib.

Banjir yang melanda beberapa negeri termasuk Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak selain Sabah dan Sarawak pada tahun lepas disifatkan antara yang terburuk pernah melanda negara membabitkan puluhan ribu mangsa terpaksa dipindahkan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori