Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat...

Mangsa Banjir Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu ialah seramai 1,066 orang daripada...

Iklan Diskriminasi: Old Town...

KUALA LUMPUR - Oldtown Berhad tidak akan menarik balik kelulusan francais kepada syarikat...

Alas Kaki Bendera PAS...

SEBUAH pasar raya di Sabah yang didakwa menjual alas kaki berwarna hijau seakan-akan...

Unit Udara Bomba & Pasukan MUST Sedia Hadapi Bencana Banjir

MARANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghadapi bencana banjir yang sering melanda beberapa negeri di seluruh negara khasnya di Pantai Timur.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Udara JBPM Mohd Yunos Abu Hassan berkata pihaknya sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana alam itu bila-bila masa.

Katanya bagi tujuan itu seramai 500 pegawai dan anggota dari Pasukan Multi-Skill Team (MUST) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk digerakkan apabila banjir mula melanda negara.

“Pasukan ini sebagai pasukan sokongan di mana jika ada kawasan terputus hubungan dan tidak boleh diakses pasukan ini akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir.

“Jika kawasan tersebut tidak mampu dilalui jentera serta memakan masa yang lama untuk memberi bantuan… pasukan ini akan dihantar bagi memberi bantuan awal,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya unit udara JBPM mempunyai tujuh pesawat yang berpengkalan di Subang (Selangor), Miri (Sarawak) dan Bertam (Pulau Pinang) yang sedia untuk diterbangkan sekiranya perlu.


Menurutnya kesemua kekuatan dan aset ini hanya akan digerakkan mengikut keperluan semasa.

“Pada tahun lalu kita banyak menggerakkan aset dan pasukan ini bagi memberi bantuan di negeri Kelantan ekoran banjir besar yang melanda dan banyak kawasan terputus hubungan sehingga ada laluan tidak mampu dilalui bot dan jentera.

“Jadi kita akan menghantar pesawat bagi operasi menyelamat serta menghantar bekalan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan yang mana jalan untuk sampai ke lokasi tersebut ditenggelami air,” katanya.

Jelasnya Must Team ini juga mampu memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori