KUALA LUMPUR – Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi subjek Lughatul Quran (UPKK 06/01) akan berlangsung hari ini dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) pula akan diadakan pada Isnin, 12 Okt ini dari 2.30 petang hingga 4 petang.
“Bagi subjek Sirah (UPKK 03/01) serta Jawi dan Khat (UPKK 05/01) pula, ia akan diadakan pada Selasa, 13 Okt iaitu masing-masing dari 2.15 petang hingga 3.45 petang dan 4.15 petang hingga 5.45 petang manakala subjek Adab I (UPKK 04/01) dan Adab II (UPKK/04/02) berlangsung dari 2.15 petang hingga 3.45 petang dan 4.15 petang hingga 5.45 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA diminta mengambil tindakan segera bagi memastikan peperiksaan UPKK bagi semua subjek itu dapat dilaksanakan mengikut tarikh baharu yang ditetapkan.
UPKK sebelum ini ditangguhkan kerana jerebu buruk. – BERNAMA
https://youtu.be/wDxA2PIN7IU