Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suspek Panjat Kereta Khayal...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki yang memanjat bumbung sebuah PERODUA Myvi di bulatan...

Dua Restoran Nasi Kandar...

GEORGE TOWN - Dua restoran nasi kandar termasuk sebuah restoran terkenal di Jalan...

Penipuan MLM, Eira Dan...

RASANYAƃā€šĆ‚Ā belum pun lama pelakon Eira Syazira dan suaminya, Azad Jasmin membuat kenyataan di...

RM1.3 Trilion Ditipu Skim...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan mangsa ā€˜permainan wangā€™ atau money game dari China yang...

Usaha Tingkat Keyakinan Masyarakat Kepada SPRM Perlu Dipergiatkan

SEREMBAN – Usaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipergiatkan lagi, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengurusan dan Profesionalisme SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Ini berdasarkan kajian pada 2009 iaitu tahun pertama SPRM diwujudkan yang mendapati keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu hanya mencapai 39 peratus, katanya.

Bagaimanapun, katanya, berikutan pelbagai usaha yang dilaksanakan, pada tahun lepas, keyakinan masyarakat terhadap SPRM meningkat kepada 68 peratus namun ia masih belum mencukupi.

“Oleh itu, kita kena berfikir bersungguh-sungguh bagaimana kita hendak meningkatkan keyakinan masyarakat ini kerana kita mempunyai peranan yang cukup besar dalam mencegah rasuah,” katanya pada majlis penghargaan Rakan SPRM Negeri Sembilan – SPRM Dihari 2015 bersempena sambutan ulang tahun BPR/SPRM ke-48 di sini, malam tadi.


Turut hadir Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap; Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dan Pengarah SPRM Melaka, Ramli Ismail.

Zakaria, yang akan bersara daripada perkhidmatan pada 12 Okt ini pada usia 58 tahun, berkata walaupun bersara, perjuangan memerangi rasuah akan diteruskannya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori