Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Nenek Lapan Cucu Bakal...

NENEK lapan cucu bakal menjadi ibu tertua kepada anak kembar empat di United...

Akta Hasutan: Anwar Mahu...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Perdana Menteri,...

Penagih Jangan Malu Dapat...

KUANTAN - Mereka yang terjebak dalam penagihan dadah dinasihatkan untuk tidak malu mendapatkan...

6 Ketua Pemuda UMNO...

KOTA KINABALU - Enam Ketua Pemuda UMNO bahagian di Sabah meninggalkan parti itu...

Jerebu: UUM Batal Semua Aktiviti Luar & Kuliah

ALOR SETAR – Semua aktiviti luar serta kuliah di Universiti Utara Malaysia (UUM) dibatalkan hari ini ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat dicatat di negeri ini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pembatalan itu berkuat kuasa hari ini sehingga 12 tengah malam ini.

“Begitu juga dengan aktiviti pentadbiran dan penyelidikan yang melibatkan risiko kepada kesihatan pekerjaan adalah dinasihatkan ditangguhkan namun aktiviti operasi universiti dan perkhidmatan kesihatan akan diteruskan seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Alor Setar sehingga pukul 12 tengah hari tadi berada dalam kategori sangat tidak sihat iaitu 247 manakala Sungai Petani 264 dan Langkawi pada 250.


Mohamed Ishak turut meminta pelajar dan kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan agar mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti.

Maklumat lanjut katanya boleh menghubungi bilik gerakan operasi jerebu di Pusat Kesihatan Universiti melalui talian 04- 9282456/2460 atau talian kecemasan 24 jam di 013-5930028. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori