Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

TPM Dedah Draf MoU...

Kuala Lumpur : Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU)...

Jom Pakat Serbu Karnival...

KUALA SELANGOR - ORANG ramai dijemput untuk menghadiri Karnival Himpunan Jaguh Semalaya 2016...

Osorio Dedah Rahsia Tumbangkan...

MOSCOW - Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio mendedahkan kejayaan anak buahnya menewaskan juara...

GPS Nafi Ada Wakilnya...

NAFI... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terpaksa 'gigit jari' apabila cubaan jentera mereka...

Video: 10 Penumpang Terselamat, Bas Dihanyut Banjir

SERAMAI 10 orang penumpang sebuah bas mini di Pakistan hampir menemui ajal selepas bas yang dinaiki tersebut telah dihanyutkan arus deras banjir yang berlaku di Lowari Pass.

Video yang tersebar di laman sosial itu menunjukkan detik cemas kesemua penumpang tersebut kelam-kabut menyelamatkan diri mereka sebelum bas itu terbalik dan dihanyutkan oleh banjir besar berkenaan.

Insiden tersebut dikatakan berlaku pada isnin lalu dan saat-saat panik itu telah dirakam oleh seorang saksi kejadian itu di situ.

Kesemua mangsa dilihat berjaya keluar  menggunakan tingkap kanan bas itu dan berlari ke tempat yang lebih selamat.

wm1


Walau bagaimanapun, degupan jantung saksi kejadian semakin kencang selepas mendapati seorang lelaki di dalam bas itu tidak sempat keluar dari bas berkenaan ketika ia terbalik.

Namun, lelaki bertuah itu dilihat berjaya membebaskan dirinya melalui bahagian tingkap bertentangan sebelum dia dibantu dan dibawa ke tempat yang lebih selamat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori