Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zaharudin Dilantik Ketua Pegawai...

KUALA LUMPUR - Bekas Pegawai Prinsipal Etiqa Singapura, Zaharudin Daud dilantik sebagai Ketua...

Budaya Mengecam Di Media...

KUALA LUMPUR - Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’...

Polis Siasat Ebit, Keterangan...

PETALING JAYA : Polis sudah mengambil keterangan beberapa saksi berhubung satu laporan dibuat...

Jamal Tayang ‘Rantai Berlian’...

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Video: ‘Ahli Sihir’ Diikat, Didera, Dibakar Di Papua New Guinea

GEMPAR! Video sadis yang memaparkan empat orang wanita yang dibogelkan, diikat, dipukul dan dibakar oleh penduduk telah tersebar secara meluas menerusi internet.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pedalaman Papua New Guinea, jiran Indonesia dan Australia itu selepas kesemua wanita terbabit disyaki mengamalkan ilmu hitam dan sihir.

Mereka didera dan diperlakukan sedemikian kerana kononnya dipercayai telah ‘mengambil’ jantung daripada seorang lelaki dengan kaedah yang tersembunyi untuk tujuan jahat.

Lelaki yang menjadi mangsa itu tinggal di sebuah perkampungan di wilayah Enga serta dikatakan telah jatuh sakit pada Ogos lalu dan ‘ahli sihir’ itu dituduh menjadi dalang kejadian tersebut.

witch

Menerusi video yang tersebar itu memperlihatkan beberapa wanita yang berada dalam keadaan telanjang dipukul dan diugut dengan parang oleh orang ramai yang sedang berang.


Berdasarkan kepada ayat terjemahan yang dibuat, wanita tempatan terbabit bertegas menafikan perbuatan itu dan mereka turut merayu untuk dilepaskan.

Penduduk yang marah dengan wanita tersebut mengugut dan salah seorang daripada mereka kedengaran berkata, “Jangan hanya pukul mereka, bakar sahaja mereka.”

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya seorang daripada wanita itu dikatakan mati akibat insiden itu, namun masih tiada pengesahan mengenainya lagi. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori