SAMBUTAN Hari Sukan Negara yang berlangsung semalam, 10 Oktober dimeriahkan pelbagai acara dan juga penyertaan dari menteri-menteri termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Antara aksi yang menarik perhatian rakyat Malaysia ialah ketika Datuk Seri Najib Razak menyempurnakan tendangan penalti yang dijaga gawangnya oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Najib And KJ at Hari Sukan Negara oleh mynewshub
Aksi yang diperlihatkan menunjukkan sikap sempoi Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ, memberi peluang kepada Perdana Menteri.
Kemudian Najib memuat naik twit “Saya ikut serta Fun Walk sejauh 2km. Saya jln sahaja, kalau sy lari, @Khairykj pun kalah! #KeepFit #HariSukanNegara”
Tweet tersebut dibalas oleh KJ,
“Penalti tadi pun saya dah ejas, bos. Takkan larian pun nak ejas,” kata KJ sebagai balasan kepada twit Najib.
Telatah mesra KJ dan Datuk Seri Najib Razak sememangnya melahirkan suasana yang melucukan selain respon positif orang ramai.
Kedua-dua twit tersebut menerima ribuan perkongsian di laman Twitter.
– Mynewshub.cc
Oleh: hzqahmd