Alahai.. siapa kata haiwan tak faham bahasa percakapan kita?
Tengok sahaja video ini, anjing peliharaan yang dibela seorang lelaki ini jelas memahami arahan dan percakapannya.
Haiwan kesayangan lelaki ini dikatakan bersungguh-sungguh memohon maaf selepas dimarahi. Jelas haiwan tersebut memerlukan kasih sayang serta memahami isi hati tuannya.
Tindakan anjing itu juga jelas membuktikan pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi ‘Dog is a man’s bestfriends.’
Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan telah ditonton lebih 600 ribu kali sejak ia dimuat naik di Youtube. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?t=41&v=6LfA_V970Ag