Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Suspek Langgar...

GEORGE TOWN - Polis sedang memburu seorang pemandu kereta disyaki terlibat dalam insiden...

2 Graduan USIM Meninggal...

SEREMBAN - Dua bakal graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah meninggal...

Hasil Bedah Siasat Kedua...

KUALA LUMPUR - Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel...

Tunku Muhriz Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir,...

Video: Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Anjing

TINDAKAN dua individu yang biadap memaki hamun seorang penguatkuasa dipercayai dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendapat kritikan netizen.

Video yang kini giat dikongsikan di laman sosial memaparkan dua lelaki Cina naik berang setelah kereta mereka yang diletakkan di kawasan tidak sepatutnya dikunci tayar oleh penguat kuasa MBPP.

Mereka dilihat memarahi anggota terbabit dengan memaksa membuka kunci tayar berkenaan menggunakan kata-kata kesat.


Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa… oleh mynewshub

Menerusi video, salah seorang daripada mereka turut bertindak kurang ajar dengan melemparkan wang kompaun ke arah penguatkuasa perempuan terbabit bagi membuka kunci tayar berkenaan.

Penguatkuasa wanita berkenaan dilihat bertindak profesional tanpa emosi apabila mengutip duit yang dicampakkan, namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki terbabit kedengaran berkata “anjing!”

Seorang pengguna Facebook, William Yap berkata: “Kalau sudah langgar peraturan, terima sajalah denda yang sepatutnya.”

“Sudah ada undang-undang, kutuk undang-undang. Tak ada undang-undang pula, buat kesalahan macam rumah sendiri. Negara ini ada undang-undang sendiri. Buat salah dihukum je.”


Manakala seorang lagi pengguna Facebook mengutuk perbuatan kurang ajar yang ditunjukkan oleh dua lelaki terbabit.

“***** punya anjing, ada duit jangan la bawa Myvi, bayar saja la, cakap banyak nak tunjuk gangster, kena silap orang kena pukul baru tau sakit, kalau berani terus buka tayar jangan bayar, buat apa nak buat macam gangster, buat malu kaum Cina,” tulis Calvin Wong di ruangan komen video.

Manakala pengguna Facebook Mohamad Izdzuan menyeru agar kedua-dua individu terbabit memohon maaf kepada anggota penguatkuasa MBPP terbabit.

“Kami memohon dua ekor ni meminta maaf kepada pegawai penguatkuasa..!! Setuju like!” tulisnya yang kemudian menerima persetujuan daripada netizen.

- MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori