SUDAH terang dan jelas bahawa merokok adalah sesuatu perkara yang memudaratkan serta membahayakan kesihatan perokok itu sendiri.
Namun, kesedaran dalam diri individu yang merokok ini masih lagi tipis seolah-olah mereka ini tidak takut akan padah yang akan dialami pada masa hadapan.
Ramai yang tahu tentang keburukan merokok yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kanser, merosakkan paru-paru dan jantung serta banyak lagi.
Mungkin mereka perlukan teguran yang lebih mendalam seperti yang dipaparkan dalam video kajian sosial di bawah ini.
Menerusi video ini, seorang kanak-kanak telah meminta orang awam yang sedang merokok di situ untuk menyalakan api rokok untuknya.
Rata-rata daripada mereka telah melarang budak lelaki terbabit daripada merokok dan memberi nasihat kepadanya tentang keburukan merokok.
Jelas segelintir daripada perokok ini amat peka dan prihatin dengan orang di sekeliling mereka tetapi mengapa tidak prihatin terhadap diri mereka sendiri? – MYNEWSHUB.CC