Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Segera Bersih, Dalamkan Sungai...

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang menitahkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan...

Pensyarah USM Antara Penerima...

LANGKAWI - Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohamed Muzaimil Mohamad Noor,...

Remaja Mengaku Bersalah Pertuduhan...

BUTTERWORTH - Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Maradona Buka Kafe Sempena...

ABU DHABI - Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona menyambut ulang tahun ke-56...

Video: Gadis Dirasuk Lepas Main Game Panggil Roh Kat Handphone

KES dirasuk ‘hantu’ bukanlah kisah yang pelik apabila memperkatakan tentang dunia mistik. Bagaimanapun, ianya jarang berlaku di zaman moden ini.

Justeru rakaman video kejadian yang menimpa seorang gadis berusia 18 tahun di Lima, Peru ini menarik perhatian ramai.

Rakaman menunjukkan Patricia Quispe meronta-ronta ketika ditenteramkan anggota paramedik sambil menjerit dengan suara menyeramkan. Dia didengar menyebut nombor yang sinonim dikaitkan dengan Syaitan iaitu 666 serta “lepaskan aku, lepaskan aku”.

Dia juga dirakam berkata, “berikan telefon bimbit saya” dan “Mak, doktor ni tak tahu apa yang mereka sedang lakukan. Bawa saya pulang.”

Menurut saksi kejadian, Patricia mula meracau apabila pulang ke rumah selepas bermain dengan rakannya satu permainan memanggil roh menggunakan Papan Ouija menerusi satu aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbit.


Patricia dipercayai dirasuk selepas bermain permainan Papan Oiuja yang biasanya dikaitkan dengan amalan memanggil roh di telefon bimbit.
Patricia dipercayai dirasuk selepas bermain permainan Papan Ouija yang biasanya dikaitkan dengan amalan memanggil roh di telefon bimbit.

Penduduk tempatan mendakwa mereka benar-benar percaya gadis tersebut dirasuk hantu manakala anggota paramedik yang terlibat ketika kejadian mengakui berdepan tenaga luar biasa ketika cuba menenangkan mangsa.

Selepas lebih setengah jam ‘bertarung’ barulah Patriciaƃā€šĆ‚Ā berjaya ditenteramkan seterusnya dibawa ke hospital dan dimasukkan ke wad psikiatri untuk pemantauan.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori