Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Suspek Kematian Warga...

SEPANG - Prosiding tahanan reman dua wanita warga asing berhubung kematian seorang lelaki...

Isteri Eizlan Yusuf Fail...

Datin Vie Santie Harun, isteri kepada pelakon popular, Datuk Eizlan Yusof menfailkan permohonan...

Anggota JPJ Rempuh 5...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi merempuh beberapa kenderaan...

Volvo Family Bond Gives...

Volvo Cars Family Bond Gives All Employees 24 Weeks Paid Parental Leave

Video: Kena Tetak Kerana Tegur Lelaki Mabuk

INILAH bahayanya mengambil arak dan segala sesuatu yang memabukkan.

Baru-baru ini, seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas menegur sekumpulan lelaki yang sedang mabuk.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 pagi, Selasa, di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur.

Detik-detik mangsa ditetak berjaya dirakam oleh seorang saksi dan kemudian dikongsi di laman Facebook Friends Of PDRM.

Rata-rata netizen mengecam tindakan kumpulan pemuda terbabit dan meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan.


“Ini macam punya orang jangan bagi muka kalau dapat kasi ajar dia betul-betul dalam balai. Nak sangat jadi gangster masuk lokap or penjara then kita tengok tahap gangster kau kat mana nanti. Kau relax je polis Malaysia bukan bodoh,” tulis New Muhammad Syahizzat.

“Tetak orang macam tebas lalang, tangkap mereka ni kemudian tetak juga. Baru rasa,” komen Khairulsabri Khairul.

2

Difahamkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala, tangan kiri dan kanan serta kaki sebelah kiri telah dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan kecemasan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori