DUA video yang mempersoalkan tentang kod etika pemakaian yang dikenakan pihak pengurusan Negara kepada para pelancong yang datang menziarahi masjid terbabit menjadi viral di media sosial.
Menerusi video yang kini giat dikongsikan netizen, pelancong yang ingin melawat Masjid Negara kelihatan diwajibkan memakai sejenis pakaian seperti jubah berwarna ungu.
Namun apa yang menimbulkan ketidakselesaan ialah jubah tersebut menampakkan belahan di bahagian peha sedangkan ianya jelas merupakan aurat.
Ramai yang mempertikaikan, apa gunanya memakai jubah labuh sedangkan perkara kecil seperti ini tidak diambil berat?
Cara pemakaian pelancong di Masjid Negara I oleh mynewshub
Cara pemakaian pelancong di Masjid Negara 2 oleh mynewshub
Seperti mana luahan perakam video yang mempersoalkan kod pemakaian ini yang dirakamnya ketika berada di Masjid Negara:
“Yang ni pegawai-pegawai atau pihak pertugas sukarelawan yang mengasuh pelawat bagi memakai pakaian (tutup aurat) yang betul untuk menziarah di dalam perkarangan masjid negara.
“Namun masalahnya ialah yang macam ni lah yang pakai seluar pendek, dia akan terbelah kerana pakaian mereka ini hanya pakaian sarung, pakaian yang terbelah.
“Kerana apabila mereka berjalan, aurat semua dah terbuka dah… macam mana tu?
“Dia bukan sarong dari atas, pakaian dia sarung macam baju saja.
“Jadi bila dia jalan, maka terbelah lah paha dia. Yang nampak sikit-sikit tu yang tak jadi tu,”  kata perakam di dalam video tersebut.
“Saya pun tak faham kenapa jadi macam ni, kita kena perbetulkan perkara ini.
“Kita memang menggalakkan pelancong-pelancong asing ini untuk datang menziarah masjid kita. Tetapi dengan cara yang bagi saya.. yelah pakaian yang kita sediakan kepada mereka.
“Kita kena fikir benda ni. Tengok lah ni, pak Menteri jangan tutup mata benda ni. Sebab musibah datang tak kenal siapa pun,” tambahnya yang mengakui sudah berbincang dengan pegawai-pegawai di Masjid Negara namun respon yang diperoleh amat mengejutkan.
“Tapi kata mereka, hey u suka u ikut, u tak suka sudah,“ katanya.
Seharusnya perkara sebegini diambil perhatian kerana peranan Masjid Negara yang utama tetap rumah Allah iaitu tempat beribadat yang menjadi contoh teladan, bukannya tempat ‘belanja’ aurat. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd