TINDAKAN seorang lelaki dipercayai warga asing menyentuh pinggul seorang wanita ketika berada dalam tren MRT Singapura menerima kecaman hebat di media sosial.
Perbuatan biadap itu dirakam seorang penumpang yang kemudian memuat naik video kejadian di halaman Facebooknya.
Menerusi video berdurasi 16 saat, kelihatan lelaki berkenaan meraba punggung wanita yang sedang berdiri dalam tren beberapa kali sebelum penumpang lain menyedari aksi lucahnya itu.
Kantoi! Warga Asing Raba Pinggul Wanita Dalam Tren oleh mynewshub
Namun setelah menyedari aksinya dirakam, dia yang kelihatan terkejut memandang kamera lalu terus menjauhkan diri.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan perasaan kurang senang terhadap perbuatan biadap lelaki itu dan tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak menghalang dirinya diperlaku sedemikian.
“She must be enjoying it.. hmmm (dia mungkin sedang menikmatinya),” tulis Muhd Ameer.
Komen daripada Ameer itu dijawab seorang pengguna Facebook bernama Nadya Sidek yang menyifatkan tidak semua wanita mampu untuk mempertahankan diri.
“Not everyone ‘enjoys’ it. Here you might say you’ll speak out & scold a guy when he molests you, but in reality when something like this happens, some people feel helpless (Bukan semua wanita rela ‘dinikmati’ apabila dipermalukan sedemikian, mungkin anda akan menganggap jika terkena pada batang hidung sendiri, anda akan memarahi perbuatan lelaki terbabit, namun realitinya, terdapat sesetengah wanita tidak terdaya untuk melindungi dirinya walaupun meminta tolong akibat ketakutan),” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ieamyrul Haziq