KES jenayah dengan menggunakan parang sebagai senjata serangan bukanlah perkara baru.
Lihat sahaja kes melibatkan seorang gadis ditetak bertalu-talu oleh dua lelaki di Port Dickson baru-baru ini, kejadian tersebut sememangnya mengejutkan rakyat Malaysia.
Namun apa yang kurang enaknya ialah ‘fenomena’ parang-memarang ini seakan menjadi-jadi sahaja kebelakangan ini.
Kes terbaharu dilaporkan berlaku di Sarawak melibatkan seorang wanita yang nyaris ditetak oleh seorang peragut.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV, kira-kira jam 10.50 pagi mangsa yang sedang mencuci pakaian di kedai dobi layan diri di Jalan Penrissen, Batu 4, Kuching diragut oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.
Kes Ragut Guna Parang Di Kuching oleh mynewshub
Kes Ragut Guna Parang Di Kuching 2 oleh mynewshub
Penjenayah terbabit menghayun parang ke arah mangsa dan nyaris terkena di bahagian lehernya seperti mana dipaparkan dalam video.
Dikatakan suspek berjaya merampas beg tangan wanita malang itu sebelum melarikan diri dengan menggunakan kereta jenis Proton Saga FLX dengan nombor plat QS7049A.
Kelihatan juga aksi mengejar mangsa yang amat berang dengan tindakan suspek.
Bayangkan jika anda berada di dalam situasi mangsa, apakah yang anda akan lakukan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzqahmd