Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seminar Media Sosial Perjelas...

MELAKA - Seminar media sosial negeri Melaka 2017 pada 5 September ini akan...

Pemotongan Gaji Exco Johor...

JOHOR BAHRU — Kerajaan negeri Johor akan hanya melaksanakan pemotongan gaji Exco sekiranya...

UMNO Perlu Amal 7...

BATU PAHAT - UMNO perlu mengamalkan tujuh prinsip penting untuk kekal relevan, sekali...

Agong, Raja Permaisuri Selesai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan...

Video Lagu See You Again Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube

KAMI yakin anda sering mendengar lagu ‘See You Again’ dendangan Wiz Khalifa dan Charlie Puth di corong-corong radio selepas ia dijadikan lagu tema filem pecah panggung ‘Fast & Furious 7’.

Namun tahukah anda jumlah tontonan video klip lagu tema filem box office tersebut telah mencecah 1 bilion di laman Youtube?

Bukan setakat YouTube, malah lagu itu disifatkan orang ramai sebagai salah sebuah lagu genre rap paling berjaya dalam sejarah bila mencatat rekod antara lagu paling banyak distrimkan melalui aplikasi Spotify.

Ditambah pula dengan nilai sentimental pemergian mendiang Paul Walker, ia sekaligus merupakan faktor kejayaan lagu tersebut, selain daripada kualiti lagu itu sendiri.

paul-memeoru


‘See You Again’ juga dinobatkan sebagai video kedua paling cepat mendapat tontonan 1 bilion, selepas ‘Gangnam Style’.

Di laman Youtube setakat ini, terdapat 10 buah video yang berjaya mencecah tontonan 1 bilion.

Antaranya ialah ‘Gangnam Style’ dendangan Psy, ‘Baby’ dendangan Justin Bieber, ‘Blank Space’ dendangan Taylor Swift dan ‘Uptown Funk’ dendangan Mark Ronson bersama Bruno Mars. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: TheVerge

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori