BAYANGKAN reaksi orang ramai sekiranya mereka terserempak dengan seorang lelaki yang memegang kepala mayat yang telah dipenggalnya selamba berjalan di tepi jalan raya.
Pasti ramai daripada mereka akan berlari lintang-pukang menyelamatkan diri kerana ketakutan.
Itulah yang berlaku di India selepas seorang lelaki yang berjalan di tepi jalan dirakam telah mengusung kepala isterinya yang dipancung di rumah mereka di Pune.
Suspek, Ramu Chavan, 60, telah memenggal kepala isterinya, Sonubai, 45, dengan menggunakan kapak kerana mengesyaki wanita tersebut telah berlaku curang terhadapnya.
Lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan menantu mereka.
Ramu yang berjalan sambil memegang bahagian rambut mangsa telah ditahan polis serta-merta dan akan dijatuhkan hukuman kerana membunuh.
Orang ramai yang melalui kawasan tersebut juga dilaporkan terkejut dan mereka turut tergamam dengan tindakan lelaki terbabit.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC
[wpdevart_youtube]cId-PkVvKuc[/wpdevart_youtube]