Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KDN Ambil alih Bentang...

ARAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk...

Pusat Darul Hidayah Untuk...

PUTRAJAYA - Pusat Darul Hidayah, rumah perlindungan serba lengkap bagi golongan mualaf di...

Pertemuan Kelantan, Melaka United...

KOTA BHARU - Perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan Melaka United...

Video: Lelaki ‘Lepaskan Hajat’...

BAYANGKAN sekiranya anda mahu menikmati semangkuk sup namun makanan tersebut seakan berbaur pelik,...

Video: Nelayan Selamat Pelancong Daripada ‘Ditelan’ Lumpur

VIDEO pasangan dari Norway yang tersekat dan hampir tenggelam dalam lumpur di Thailand telah mendapat perhatian orang ramai.

Detik cemas tersebut dirakam seorang lelaki tempatan yang menyaksikan kejadian itu ketika kedua-dua mangsa cuba untuk mengambil gambar burung di muara sungai.

Seorang nelayan yang berada di lokasi kejadian kemudian dilihat sanggup mempertaruhkan nyawanya demi membantu pasangan terbabit keluar dari lumpur.

Kemuliaan hati nelayan bernama Chat Ubonchinda itu nyata menyentuh perasaan ramai hingga video ini menjadi viral.

Chat dilihat sanggup meniarap di atas lumpur bagi membolehkan pasangan yang tersekat di situ membebaskan diri mereka dari cengkaman.

Chat mengakui, dia tidak faham bahasa Inggeris namun tahu bahawa pelancong itu memerlukan bantuannya dengan segera.


“Wanita itu berjaya bebaskan dirinya dengan cepat kerana badannya agak ringan. Namun apabila tiba giliran lelaki itu, badan saya terasa sakit di belakang tetapi terpaksa saya gagahkan diri.

“Saya tidak mahu apa-apa ganjaran. Saya hanya memikirkan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Pasangan tersebut dikatakan telah pergi ke rumah nelayan tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepadanya serta menghulurkan sedikit wang sebagai ganjaran.

Video yang dirakam oleh individu bernama Theerasak Satsritawee itu telah memperoleh jumlah tontonan hampir 1.5 juta kali selepas ia dimuatnaik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori