Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sedia Jadi Orang Tengah...

Bekas Presiden MIC yang juga bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy...

Bina 30 Sekolah IBS...

TAWAU - Kerjasama mantap kerajaan negeri dan pusat terus membawa manfaat kepada pelaksanaan...

Polis Buru Individu Panah...

LANGKAWI – Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan...

Elaun Pengerusi MPKK Di...

IPOH - Seramai 829 pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Perak atau penghulu...

Video: Pemandu Teksi Serang Kereta Pemandu Uber Di KLCC

VIDEO kejadian serangan oleh sekumpulan pemandu teksi ke atas dua buah kereta Uber atau GrabCar yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka, menerima kecaman netizen di media sosial.

Dua video yang kini viral dan giat diperkongsikan itu memaparkan beberapa pemandu teksi mengambil tindakan sendiri membanteras ‘teksi sapu’ di di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang dikatakan tidak mempunyai permit untuk mengambil penumpang di kawasan berkenaan.


Pemandu Teksi Pukul Kereta Uber part 1 oleh mynewshub


Pemandu Teksi Pukul Kereta Uber part 2 oleh mynewshub

Dapat dilihat seorang daripada pemandu teksi berkenaan secara tiba-tiba  menendang dan memukul cermin sisi kereta mangsa sehingga patah manakala seorang lagi memberi amaran supaya pemandu tersebut tidak lagi datang mengambil penumpang di pusat beli-belah terkemuka itu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan sekumpulan pemandu teksi tersebut yang dianggap tidak bertamadun dan takut dengan persaingan.

I think what saddens me here is that, shallow minded people like this can never help Malaysia to grow, (Saya rasa, apa yang lebih menyedihkan ialah jenis pemikiran manusia yang sangat cetek seperti inilah yang membuatkan Malaysia sukar untuk berkembang),” tulis Amandanique Tan.


“Ini lebih teruk dari golongan babarian malah lebih teruk dari anjing. Inikah industri perkhidmatan teksi yang kita mahu selamatkan? Saya lebih rela memilih Uber daripada golongan tidak bertamadun berlagak seperti gengster ini.

“SPAD, PDRM, belum cukup jelas lagi kah yang tindakan mereka ini tidak mengikut undang-undang? Inikah golongan pemandu teksi yang mahu dijadikan sebagai duta kecil mempromosi negara kita pada pelancong asing?” ujar Pseud Johnn Elton.

Sejujurnya, kami agak sedih melihatkan nilai mentaliti yang ditunjukkan oleh pemandu teksi ini yang rata-ratanya merupakan orang kita.

Apakah mereka ini tidak berfikir menggapakah pengguna lebih memilih perkhidmatan Uber berbanding perkhidmatan teksi? Disebabkan perangai seperti inilah!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori