RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang wanita nyaris dirompak dalam satu kejadian di Johor Bahru kini tersebar di media sosial.
Kejadian dikatakan berlaku petang semalam di Jalan Kemunting, Taman Kebun Teh.
Menerusi rakaman berdurasi 33 saat, mangsa yang hanya berjalan kaki dilihat tidak menyedari gerak gerinya sedang diperhatikan seorang lelaki yang berada dalam sebuah kereta.
Perompak Tunggu Dalam Kereta, Ragut Pejalan Kaki oleh mynewshub
Tidak beberapa lama kemudian, suspek terus keluar dari kenderaannya lalu mengejar mangsa bersama sebilah pisau.
Mujurlah mangsa yang berjalan seorang diri, sempat lari dan tidak berjaya dicekup penjenayah terbabit.
Sememangnya kami sendiri agak terkejut setelah melihat video rakaman yang jelas menunjukkan tahap keselamatan di beberapa kawasan boleh dikatakan agak berisiko.
Diharapkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengambil langkah segera bagi menangani masalah yang boleh mencetuskan ketakutan masyarakat seperti ini.
Jika difikirkan balik, kalau di kawasan perumahan sekalipun sudah tidak selamat, apatah lagi bahaya yang menanti di luar sana. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Ieamyrul haziq