KETIKA Valeria Prokopenko, yang juga calon Datuk Bandar Odess di Ukraine berdebar-debar menunggu hari pilihan raya bagi pemilihan jawatan Datuk Bandar, dia dikejutkan dengan video gambar seksinya yang tersebar, sehari sebelum hari pengundian itu.
Valeria, 21, yang juga seorang model, tidak menyangka video yang dihasilkan untuk program TV iaitu `Miss Olymp’ telah disebarkan. Kerja penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh pesaingnya bagi jawatan Datuk Bandar berkenaan.
Namun kesan penyebaran video itu bertentangan dengan tujuan sebenar pesaingnya berbuat demikian, iaitu untuk menjatuhkannya sebaliknya ia menaikkan lagi populariti Valeria.
Wajahnya yang manis itu berjaya menarik perhatian penerbit di Rusia yang bercadang untuk menampilkan Valeria dalam video muzik kumpulan pop Ruki Vverh.
Video itu tersebar di media sosial ketika Perdana Menteri Kanada yang baru dinobatkan secara tidak rasmi sebagai ahli politik paling seksi di dunia. – MYNEWSHUB.CC