Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Kerajaan PH Umum Senarai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong,...

Mangsa Banjir Di Melaka,...

MELAKA - Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 4,382 orang daripada 968...

Mayat Reput Tanpa Kepala...

Simpang Renggam - Mayat wanita tanpa kepala hampir reput dijumpai dalam semak di...

Valentine’s

There are a couple factors to remain in mind whilst composing a brilliant...

Video: Tazkirah Akak Ni Membuatkan Si Peragut Menangis

SEORANG lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita menyesal tak sudah apabila mangsa yang diragutnya tampil bagi memberikan nasihat agar dia tidak mengulangi perbuatan tidak bermoral itu.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Harian Metro memaparkan mangsa, Tun Mardiyah Bilal Muda, 43, memberi sedikit tazkirah mengenai kesalahan yang dilakukkan oleh pemuda terbabit seterusnya menyebabkan dia menangis.

“Jangan buat kerja gini dik. Jadi pengajarang (pengajaran) buat adik hari ni,” kata Mardiyah kepada peragut tersebut yang meragut beg tangannya yang mengandungi wang RM15,000 serta barang kemas ibunya.

Dalam kejadian di Terengganu itu, mangsa yang juga merupakan pemilik spa dikatakan sedang menunggu rakan berhampiran stesen minyak di Jalan Sultan Ismail.

Selepas lima minit berada di kawasan berkenaan, dia dihampiri lelaki tidak dikenali yang terus menarik beg tangannya sebelum melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran dengan motosikal merah.


“Kebetulan kejadian itu disaksikan dua lelaki yang kemudian pantas mengejar lelaki terbabit sebelum menahannya di kawasan perumahan berkenaan,” katanya.

Beg tangannya diperoleh semula dengan bantuan dua pemuda tersebut.

Suspek yang dipercayai bekerja di hotel di negeri ini dan berusia lingkungan 20-an, kemudian diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit selepas kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori